Monday, August 21, 2017

Tips Hafaz Al-Quran Dengan Cepat

Gambar Hiasan

Oleh : Muhammad Hikam

Abe Kang nak share tips sikit berdasarkan pengalaman sendiri menghafaz al-Quran. Dulu Abe Kang hanya guna tips hafazan orang lain. Mula-mula tu tak boleh ikut juga sebab manusia berbeza-beza dalam kecepatan mengingati.

Ada yang ingat sepantas mungkin.Sekali baca dah ingat sepenuhnya. Ada yang perlu baca berulang-ulang kali barulah ingat. Ada juga mengambil masa yang lama ,hari demi hari ataupun mungkin satu minggu.

So, Abe Kang dah try semua tips hafazan orang yang telah berjaya. Namun untuk diri sendiri ,Abe Kang tidak mampu guna cara diorang. Kena guna cara menghafaz sendiri selepas mengambil masa yang lama untuk mengetahui keupayaan otak Abe Kang menghafaz secepat mana ataupun lambat.

Ini ada sedikit tips Abe Kang:

1. Niat menghafaz al-Quran kerana Allah. Bukannya ingin berbangga dan merendahkan orang lain.

2. Sebelum start menghafaz al-Quran, contohnya muka surat kedua surah al-Baqarah.Pastikan baca dahulu (talaqqi) dengan orang yang telah pandai dalam ilmu al-Quran.Bila dah betul dari segi tajwid dan makhraj. Baru boleh start menghafaz. Sebab apa kena rujuk guru dahulu? Untuk mengelakkan bacaan yang salah dan seterusnya menjejaskan kualiti hafazan kita.

3. Jangan hafaz satu demi satu ayat. Cara ini sangat sangat cepat untuk ingat .Tapi sangat sangat juga jadi cepat lupa.

4. Ulang baca satu muka surat sebanyak 80 Kali .Abe Kang konfem sebelum sampai 80 kali baca muka surat tersebut .Korang dah jadi cair ! Ingat semuanya .Alhamdulillah.

5. Ingat ! Selalu yang nak cepat ingat , diorang baca satu muka surat itu dengan kadar yang sedikit .Alhasilnya, kualiti hafazan itu ditahap yang rendah .Boleh tengok bila diorang tasmik iaitu baca muka surat tersebut tanpa tengok dan ada quru al-Quran yang 'check' hafazan kita.Selalunya tersekat-sekat dan tak berapa ingat.

6.Hafaz al-Quran kena rajin dan ilmu al-Quran ini susah nak ingat kalau kita berada dalam kemaksiatan .Elok jauhi benda-benda yang Allah larang.

Sumber: Facebook/Tahfizstyle

0 comments:

Post a Comment