Thursday, December 28, 2017

Ciri-Ciri Peribadi Seorang Penghafaz Al-Quran


Beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi menjadi hafiz al-Quran adalah:

1. Berlama-lama ketika membaca Quran.

Saidina Usman bin Affan, sesibuk mana pun dalam kegiatannya dalam berdakwah, berniaga, ekspedisi, namun beliau mempunyai satu kebiasaan iaitu selalu mengkhatamkan Al-Quran setiap 7 hari, (subhanallah)

Bahkan di akhir hidupnya, beliau mati dalam keadaan sedang membaca Al-Quran.

Ketika itu beliau sedang asyiknya tilawah al Quran, tiba-tiba ada seseorang yang membunuhnya dengan menusuk bahagian tubuhnya dari belakang. Namun beliau tidak terasa apa pun kerana sedang khusyuk dan asyik dengan Quran. Namun tidak lama kemudian beliau jatuh dan meninggal. (Masya Allah)

Bahkan di Palestin, ditengah kecamuk perang, anak-anak Palestin boleh fokus menghafaz Quran, (subhanallah)

2. Menyukai dan termotivasi setiap kali mendengar taujih Al-Quran

Maka datangilah majlis-majlis Al-Quran!

3. Senang mendengar bacaan Al-Qur’an dalam waktu yang lama.

Sekarang muhasabah buat kita, lebih banyak yang mana? dengar lagu atau murottal (bacaan al-Quran) ?

Yang jadi pertanyaan adalah kalau dengar lagu-lagu atau muzik kita dapat pahala tak? Maka bagi seorang penghafal Quran adalah hiburan terindah yaitu mendengar bacaan Al-Quran, (subhanallah)

4. Menetapkan waktu wajib untuk Al-Quran

Sediakan waktu 1-3 jam sehari untuk Al-Quran.

Gunakan waktu-waktu tertentu untuk menghafal Quran. Selepas subuh, saat ber-Qiyamul lail. Sangat nikmat! Kalau mampu kita memanfaatkan waktu selepas subuh subuh.

Rasululloh pun berdoa, 
“Ya Allah berkahilah umatku pada pagi hari”

Maka para penghafaz al-Quran itu dilarang tidur setelah solat subuh, haram!

5. Menyukai dan menyenangi bergaul dengan penghafaz al-Quran dalam rangka menggali pengalaman mereka

6. Banyak melakukan ibadah sunat dengan harapan mendapatkan kemudahan dalam menghafaz Al-Quran.

7. Merasa iri hati (cemburu yang positif) setiap kali melihat orang yang hafaz al-Quran

8. Banyak berdoa untuk menjadi salah seorang hafiz Quran,

"Allohumma Bariklana Bil Qur’an" (Ya Alloh berikanlah keberkahan kepada kami dengan Al-Quran)

9. Suka berlama-lama dalam ber-Qiyamullail

10 Banyak mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan

11 Berusaha tetap bersama Al-Quran dan tidak menyerah dengan rasa malas dan futur (menyerah kalah).

Semua orangboleh jadi penghafaz al-Quran tidak kira sama ada dia kecil atau besar, muda atau tua, masih belajar atau di alam pekerjaan.

Perbanyakkanlah program intensif khusus kita dengan Al-Quran, dan mujahadahlah (sungguh-sungguh) melakukannya. Insya Allah.

Tetap semangat!

0 comments:

Post a Comment