Tuesday, December 26, 2017

Kajian: Menghafaz al-Quran Mampu Meningkatkan Kesihatan Jasmani dan Rohani

Sebuah rencana dari Detik Islam yang bertarikh 21 Januari 2012 menyebutkan, sebuah kajian baru membuktikan bahawa semakin banyak hafalan al-Quran seseorang, semakin baik pula kesihatannya. 

Dr Shalih Bin Ibrahim at-Thani, pensyarah psikologi di Universiti al-Imam Bin Saud al-Islamiyyah, Riyadh meneliti dua kumpulan responden. Mereka terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi King Abdul Aziz yang jumlahnya seramai 170 orang responden, dan kumpulan mahasiswa dan mahasiswi Al-Imam As-Syatibi, juga seramai 170 orang responden. 

Penyelidik mendefinasikan kesihatan psikologi sebagai keadaan di mana berlaku kelelarasan psikologi individu daripada tiga faktor utama terdiri daripada agama, spiritual, hal berkaitan dengan sosial dan jasmani. Untuk mengukurnya, penyelidik menggunakan parameter kesihatan psikologinya, Sulaiman Duwairat, yang terdiri dari 60 unit.

Kajian ini mendapati adanya korelasi positif antara peningkatan kadar hafalan dan tingkat kesihatan psikologi, dan mahasiswa yang unggul dibidang hafalan al-Quran mempunyai tahap kesihatan psikologi dengan perbezaan yang sangat jelas.


Ada lebih dari 70 kajian, samada dari sarjana Islam mhupun Barat, yang keseluruhannya menegaskan kepentingan agama dalam meningkatkan kesihatan psikologi seseorang, kematangan dan ketenangan. Sebagaimana kajian di Arab Saudi sehingga pada hasil yang menegaskan peranan al-Quran dalam meningkatkan kemahiran asas pelajar-pelajar sekolah rendah, dan pengaruh yang positif dari hafalan al-Quran untuk mencapai gred yang tinggi.

Kajian tersebut memberi gambaran jelas tentang hubungan keberagamaan dengan pelbagai bentuknya, terutama menghafaz al-Quran dan pengaruh-pengaruhnya terhadap kesihatan individu dan keperibadiannya, berbanding individu-individu yang tidak disiplin dengan ajaran-ajaran agama, atau yang tidak menghafaz al-Quran sedikit atau keseluruhannya. 

Berdasarkan kajian, setiap orang yang menghafaz sebahagian dari al-Quran dan mendengarkan bacaannya secara berterusan itu pasti merasakan perubahan besar dalam hidupnya. Hafazan al-Quran juga berperngaruh pada kesihatan fizikalnya, Melalui pengalaman dan pengamatan, dapat dipastikan bahawa al-Quran itu dapat meningkatkan sistem kekebalan (imuniti) tubuh pada seseorang dan membantunya terjaga dari pelbagai penyakit. Berikut dalah manfaat dari menghafaz al-Quran:

  1. Fikiran seseorang menjadi jernih.
  2. Meningkatkan kekuatan memori
  3. Ketenangan dan kestabilan psikologi.
  4. Kesenangan dan kebahagiaan.
  5. Bebas dari perasaan takut, cemas dan sedih.
  6. Mampu membuat pengucapan di khalayak awam.
  7. Mampu membina hubungan sosial yang lebih baik dan memperoleh kepercayaan orang lain. 
  8. Bebas dari penyakit.
  9. Memiliki kekuatan dan keyakinan diri yang tinggi. 
Berdasarkan firman Allah swt maksudnya:
Al-Quran tetap datangnya dari Allah swt dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas lagi nyata, yang terpelihara di dalam dada-dada orang yang berilmu, dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan kami melainkan orang-orang yang zalim." (al-Ankabut: 49)
Semoga kenyataan dan keutamaan di atas menjadi pemangkin kepada umat Islam untuk menghafaz dan mencintai al-Quran. Insha Allah.



Sumber:
Tips Hafazan al-Quran, Dr Zulkifli Muhammad al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi. 

0 comments:

Post a Comment