Monday, August 21, 2017

Anugerah Maahad Tahfiz Keseluruhan Terbaik


Pada Majlis Konvokesyen PERMATA AL QURAN yang berlangsung di KUIN pada 19 Ogos lalu, Yayasan ADDIN telah dinobatkan sebagai Institusi Pengurus Tahfiz terbaik yang telah dinilai oleh panel daripada pelbagai aspek.

Yayasan ADDIN telah menguruskan 17 buah MTQ ADDIN setakat ini termasuk ADDIN Cawangan Raub, Pahang Darul Makmur yang merupakan cawangan ke-17.

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat dengan jenama "ADDIN" tidak asing lagi di negeri Perak kerana telah bertapak sejak tahun 1994 di Kg Tualang Sekah.

MTQ ADDIN telah diselaraskan kurikulumnya yang khusus oleh Yayasan ADDIN melalui Jemaah Pengurusan Maahad atau JPM. Kurikulum yang merangkumi Al Quran sebagai teras, Al Diniah dan Akademik sebagai tambahan.

Yuran bulanan di MTQ ADDIN ialah antara yuran yang termurah apabila dibandingkan dengan Maahad Tahfiz Swasta lain. Maka aspek kebajikan amat dititik beratkan oleh pihak Yayasan ADDIN.

Yayasan ADDIN juga telah menyediakan satu platform sambung belajar yang terjamin kepada para pelajar MTQ ADDIN lepasan SPM iaitu di MTQ ADDIN 4 Tapah untuk peringkat Diploma. Sejarah telah dicatat apabila tahun 2014 bulan Disember, Yayasan menandatangani MoU dengan Darul Quran JAKIM untuk mewujudkan Diploma Tahfiz al Quran dan Qiraat yang diiktiraf oleh kerajaan dan dalam usaha kepada pengiktirafan MQA.

Sehubungan dengan itu, warga MTQ 17 mengambil kesempatan merakamkan Penghargaan & Tahniah kepada pihak pengurusan tertinggi Yayasan ADDIN yang diterajui oleh Dato Syeikh Mohamad Nor Mansor al Hafiz atas anugerah tersebut.

0 comments:

Post a Comment