Diterjemah oleh: Abu Abdullah Azzam
Bagi seorang muslim, menghafaz al-Quran tentu suatu perkara yang sangat diimpikan. Dengan menghafaz al-Quran, kita akan mendapat ketenangan dan rahmat, diangkat darjat dan kedudukan kita oleh Allah swt serta dapat memberi syafaat kepada keluarganya. Ia adalah antara kenikmatan yang akan dicapai bagi seorang penghafal al quran.
Sekiranya kita ingin serius dalam menghafaz al-Quran, ada beberapa tips yang (insyaAllah) dapat membuat kita merasa nikmat ketika menghafaz al-Quran. Tips ini merupakan dari kajian Ustaz Deden Mukhyaruddin yang mampu menghafal 30 juzuk dalam 19 hari. Subhanallah.
Sebelum memberikan tips menghafaz al-Quran, beliau menasihatkan kepada kita supaya berlama-lama dalam menghafaz al-Quran. Jangan mempunyai rasa keinginan mahu cepat hafaz al-Quran tapi akhlaknya jauh dari al-Quran. Ini kerana dalam menghafaz al-Quran sebenarnya adalah beribadah kepada Allah swt. Untuk itu adalah lebih utamanya kita berlama-lama ketika beribadah.
Nah, berikut ini 8 tips menghafaz al-Quran dari Ustaz Deden, (Insha Allah) dijamin proses menghafaz akan terasa nikmat.
1. Menghafaz tidak semestinya hafaz.
Kemampuan mengingat dan menghafaz bagi setiap orang pasti berbeza-beza dan begitu juga pada tingkatan intelektual seseorang juga tidak ada yang sama. Target utama kita bukanlah banyaknya hafalan, tapi bagaimana untuk menghabiskan sisa umur kita untuk selalu dekat dengan al-Quran.
Sebahagian dari kita mungkin sudah tahu Imam Asim, Imam besar dalam ilmu qiraat yang sebahagian besar muslim di Malaysia merujuk pada riwayat beliau. Beliau menghafaz al-Quran dalam lebih kurang 20 tahun, cukup lama jika dibandingkan dengan imam-imam lain.
Itu salah satu contoh sekiranya kita tidak perlu ingin cepat hafal. Nikmati saja prosesnya dan jalani dengan hati gembira.
Kalau kita sudah menetapkan waktu untuk menghafaz misalnya satu jam setiap hari, maka berapa pun ayat yang mampu kita hafaz tidak jadi masalah. Jangan terburu-buru menghafal ayat ke-2 sebelum ayat pertama hafal.
Nikmati saja proses menghafaz, disaat dimana kita bercengkerama dengan Allah melalui ayat-ayat yang kita baca. Masih ingat kan suatu hadis yang menyebutkan kalau membaca satu huruf kita mendapat sepuluh pahala?
3. Menghafal Bukan Untuk Khatam, Tapi Untuk Setia Bersama Al-Quran
Al-Quran bukanlah sebuah beban yang perlu segera dilepaskan, bukan pula masalah yang harus segera diselesaikan. Tetapi al-Quran adalah nikmat yang sememangnya layak kita syukuri.
Bukankah di awal surat Thaha Allah berfirman bahwa al-Quran diturunkan bukan sebagai beban?
Pelik sekiranya kalau ada orang yang mengatakan:
“menghafal al quran memang tak boleh sabar!”.
Sebenarnya tidak salah, hanya kurang tepat saja kalimah yang dituturkan seperti itu. Kesannya, ayat-ayat al-Quran itu menjadi sebuah beban atau masalah yang memerlukan kesabaran yang tinggi.
Sebenarnya, perlunya kita mengubah cara berfikir kita dulu, bahawa penghafaz al-Quran seharusnya bersyukur bukan bersabar. Bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk menghafaz kalam yang mulia.
Maka jadikanlah al-Quran sebagai teman setiamu. Jadikan al quran sebagai sahabat karibmu baik dikala lapang mahupun sempit.
4. Al-Quran Merindui Kita
Kadang-kadang ada ayat a-Quran yang kita berusaha untuk hafaz tapi ta dapat-dapat juga. Sebenarnya ayat al-Quran itu sedang merindui kita. Ayat itu mahu kita berlama-lama bersamanya.
Kita boleh membaca erti serta penafsirannya. Boleh jadi ayat tersebut merupakan ‘jawaban’ dari ‘pertanyaan’ kita. Jangan langsung sumpah menyumpah dan berputus asa ketika ayat-ayat itu tak terhafaz juga. Justeru itu, kita seharusnya bangga dapat menjadi salah seorang yang dirindukan ayat al-Quran tersebut.
5. Menghafaz Sedikit Demi Sedikit
Suatu makanan akan terasa nikmat ketika kita sedang memakannya. Besarnya suapan juga harus muat dengan mulut kita. Makanan tersebut baru akan terasa nikmat jika dimakan.
Menghafaz juga seperti itu, nikmatnya akan terasa ketika membacanya berulang-ulang kali. Jadi hendaklah kita berusaha menghafaz ayat demi ayat disertai penghayatan dengan makna dan tafsirnya.
Jika menghafal satu ayat terlalu berat, maka bacalah potongan ayat berulang-ulang. Jangan terlalu memaksakan diri untuk menghafaz satu ayat dalam sehari.
6. Fokus Pada Perbedaan, Abaikan Persamaan
Ada banyak sekali ayat al-Quran yang bunyinya hampir sama bahkan ada yang sama. Sebagai contoh ada ayat dalam surat Ar-Rahman yang berbunyi
“Fabi ayyi alaa’i rabbikuma tukadz dzibaan”.
Ayat ini diulang sebanyak 31 kali dalam satu surah.
Ertinya jika kita hafaz satu ayat ini maka sebenarnya kita sudah menghafal 31 ayat dari 78 ayat yang ada di dalam surah Ar-Rahman. Sudah hampir setengah surah kita hafaz. Seterusnya fokuslah pada ayat sebelum dan sesudahnya yang terdapat surah tersebut.
7. Mengutamakan Waktu Ketika Menghafaz
Seperti yang dijelaskan di atas, berilah komitmen pada ketika waktu menghafaz, bukan berapa jumlah ayat yang akan dihafaz. Luangkan waktu minimum satu jam sehari untuk fokus menghafaz, jangan gunakan untuk urusan lain yang tidak ada hubungannya dengan menghafaz al-Quran.
8. Cari Guru yang Mampu Membimbing Dalam Menghafaz
Carilah guru yang boleh memeriksa bacaan kita. Guru tersebut akan membetulkan bacaan tajwid yang keliru. Selain itu, guru tersebut boleh memberi nasihat dan motivasi kepada kita sekiranya kita sedang menghadapi masalah kerana susah ketika menghafaz al-Quran.
Semoga ini mampu menjadi solusi bagi kita yang cepat berasa bosan, tertekan bahkan penat dalam menghafaz kalam-Nya.
Dan marilah kita sama-sama berdoa agar lebih kuat menghafaz al-Quran dan diberi kemudahan dalam menghafaz.
Allahumma ameenn.
0 comments:
Post a Comment