Monday, December 18, 2017

Keutamaan Bagi Orang Yang Menghafaz al-Quran

Dinyatakan disini keutamaan bagi mereka yang menghafaz al-Quran:

  • Daripada Abdullah Bin Umar R.Anhuma, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Dikatakan bagi pembaca atau penghafaz al-Quran, bacalah dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membaca dengan tartil di dunia. Ini kerana kedudukan kamu pada ayat terakhir yang kamu baca di dunia." (Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)
Hadis ini menunjukkan kelebihan pembaca dan penghafaz al-Quran di mana kedudukannya di akhirat pada ayat yang terakhir bacaannya.

====================


Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Umpama yang membaca al-Quran dan menghafaznya bersama kumpulan malaikat yang mulia sedangkan umpama membaca al-Quran dalam keadaan sukar, baginya akan mendapat dua pahala.




Dengan menyamakan penghafaz al-Quran bersama para malaikat yang mulia, maka jelas betapa tingginya kedudukan mereka. 

===================

Daripada Abu Mas'ud  al-Badri, Uqbah Bin Amru R. Anhuma, Bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Yang layak menjadi imam dikalangan mereka adalah yang paling banyak hafazan dan bacaan kitab Allah swt." (Riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi. Ibnu Majah, Ibnu Hibban dll)

Maka di sini kita nyatakan bahawa golongan orang yang menghafaz al-Quran adalah layak untuk menjadi imam sebagai dalil kemuliaan kedudukan mereka.

===================

Daripada Umar Ibn Khattab R.A bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah swt mengangkat dengan kitab ini (al-Quran) kaum-kaum dan menjatuhkan dengan kitab ini (al-Quran) golongan yang lainnya." (Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

Maka di sini dinyatakan bahawa kedudukan penghafaz al-Quran adalah cukup mulia di sisi Allah berbanding dengan yang lain. 

===================

Daripada Anas Bin Malik RA katanya, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah swt, terdapat ahli-Nya di kalangan manusia." Mereka bertanya "Wahai Rasulullah, siapakah mereka? "Jawab Baginda saw: "Mereka adalah ahli al-Quran , ahlullah dan yang diistimewakannya." (Riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah saw menggelarkan mereka yang menghafaz al-Quran sebagai ahlullah, suatu gelaran yang amat mulia.

Perkataan ahlullah digunakan kepada penghafaz al-Quran sebagai gambarn kemuliaan dan keistimewaan mereka.

Berdasarkan kepada nas diatas, jelas menunjukkan bahawa kelebihan membaca dan menghafaz al-Quran sehingga dikurniakan dengan pelbagai keistimewaan yang tidak diberikan kepada yang lain. Ini bukan saja kurniaan di akhirat bahkan di dunia lagi. Ibnu Hajar al-Haitami pernah mengatakan  khabar yang khusus berkenaan golongan yang menghafaz al-Quran bukan semata-mata membacanya kerana membaca tidak akan berbeza dengan yang lain.

Nabi saw bersabda:
"Belajarlah al-Quran kerana sesungguhnya mengambilnya adalah keberkatan, sedangkan meninggalkannya adalah kerugian dan orang yang malas serta lemah semangat  tidak akan mampu melaksanakannya." (HR Muslim)

Sumber: 
Tips Hafazan al-Quran, Zulkifli Mohamad al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi, Cet 1, 2012

0 comments:

Post a Comment