Logo Rasmi MTQ ADDIN |
Logo ini mengambil sumber utama imej bentuk Al-Quran sebagai
simbol utama. Al-Quran yang terbuka melambangkan ilmu Al-Quran yang sentiasa
tersedia untuk mereka yang mendalami dan mengkajinya.
Bulatan berbintang yang seolah-olah bercahaya yang mempunyai
tiga puluh (30) bilah yang melambangkan 30 juzuk Al-Quran yang menjadi penerang
kepada kegelapan dunia.
Bentuk segi enam dibahagian belakang berwarna hijau
melambangkan rukun iman 6 perkara yang mana salah satu darinya ialah percaya
kepada Kitabullah (termasuk Al-Quran).
Bentuk segi berwarna kuning di bawah segi enam bermaksud
kedaulatan dan kekuasaan. Para Huffaz Al-Quran sebagai pemelihara Al-Quran dan
pemerintah bumi.
Bentuk bulan sabit berwarna hijau menjadi lambang islam yang
dibangunkan dan ditadbirkan dengan kekuatan Al-Quran
Slogan logo “Al-Quran itu Bijaksana” bermaksud Al-Quran
Kalam Allah S.W.T Yang Maha Bijaksana. Huffaz Al-Quran ialah yang bijaksana
layak sebagai khalifah bumi.
Secara keseluruhan bentuk logo dibulatkan membawa slogan dan
nama Maahad bagi menggambarkan kebulatan (komitmen) Maahad dalam mendaulatkan
Al-Quran sebagai sumber utama insan dalam pembangunan material dan rohani.
0 comments:
Post a Comment