![]() |
Gerbang Masuk ke MTQ Malim Nawar, Perak |
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN adalah sebuah
institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh berasaskan kebajikan dan
memilih bidang hafaz Al-Quran sebagai subjek teras.
Maahad ini ditubuhkan pada 17 Disember 1993 dan dibina di
atas sebidang tanah seluas 9 Ekar 2 Relung 15 Persegi di Kg. Tualang Sekah,
Malim Nawar.
Pada mulanya ia dikelolakan oleh Persatuan Ulama Malaysia
Cawangan Perak . Kini MTQ ADDIN dikendalikan di bawah Yayasan ADDIN yang
dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Mohamah Nor B. Mansor
Al-Hafiz.
Maahad ini didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama
Islam Perak dengan nombor pendaftarannya : JAIPk/SAR/68/93 kemudian ditukar
kepada JAIPk/SMAR/BG.01/97.
Setelah hampir 22 tahun beroperasi, MTQ ADDIN telah
berkembang pesat bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat dan telah
menubuhkan Lapan (16) cawangannya di seluruh negeri Perak dan sebuah cawangan
di Raub, Pahang.
Maklumat sekolah serta cawangan MTQ ADDIN adalah seperti
lampiran pada cawangan di Muka Depan Laman Sesawang.
Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Qiraat
Keputusan Mesyuarat Lembaga Darul Quran JAKIM pada 24 Mac
2014 telah meluluskan permohonan Yayasan ADDIN untuk mewujudkan program
kerjasama pendidikan di peringkat Diploma Tahfiz al-Quran.
Program ini merupakan peluang pendidikan diploma kepada
pelajar bawah kelolaan Yayasan ADDIN yang telah menjangkau seribu orang pelajar
seluruh negeri Perak.
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 4 telah diberi
amanah oleh Yayasan ADDIN untuk mengendalikan program diploma ini.
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 17, Cawangan Raub
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN telah melebarkan lagi sayapnya. Kali ini buat kali pertamanya, penubuhan cawangan yang ke 17 di luar Negeri Perak. Sekolah yang secara ringkasnya dikenali sebagai MTQ ADDIN ini telah mengadakan kerjasama pendidikan dengan Yayasan Nurul Ihsan, Yayasan yang mengelola urusan anak yatim di Perak dan di Pahang ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah maahad Tahfiz di Pahang Darul Makmur.
Terletak di daerah perbukitan, Kampung Bukit Pampong, Dong, Daerah Raub, Pahang Darul Makmur. Kawasan sekolah yang bersebelahan dengan sungai Dong ini berkeluasan seluas 6 ekar persegi dan dikelilingi oleh suasana hutan hujan yang menyegarkan dan sesuai untuk para pelajar tahfiz menghafaz al-Quran.
MTQ ADDIN 17 mula beroperasi pada 6 Januari 2016 bermula dengan seorang guru dan tiga belas (13) orang pelajar yang kebanyakkannya adalah dari asrama anak yatim Ummu Zainab. Dan kini, MTQ ADDIN 17 telah mempunyai 4 orang staf yang ikhlas bekerja untuk mendidik pelajar menjadi seorang "profesional huffaz" (PRO-FAZ), 20 orang pelajar (9 orang pelajar menengah atas dan 11 orang menengah rendah).
MTQ ADDIN 17 juga telah mengadakan kerjasama dengan Kolej Komuniti Raub. Ini merupakan satu penghargaan kerana walaupun baru sahaja ditubuhkan, dengan pantasnya telah dapat menggunakan jaringan yang tujuannya untuk membantu para pelajar meningkatkan softskill dan kemahiran hidup para pelajar dalam menjalani kehidupan di masa hadapan.
Tidak lama lagi, MTQ ADDIN 17 akan membuka bagi kemasukan pelajar Perempuan bagi sesi 2018. Ini kerana permintaan yang menggalakkan apatah lagi banyaknya penubuhan maahad tahfiz lelaki di sekitar daerah Raub ini tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
===========================================
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 17, Cawangan Raub
![]() |
Surau dan Tempat Mengaji MTQ ADDIN Raub |
Terletak di daerah perbukitan, Kampung Bukit Pampong, Dong, Daerah Raub, Pahang Darul Makmur. Kawasan sekolah yang bersebelahan dengan sungai Dong ini berkeluasan seluas 6 ekar persegi dan dikelilingi oleh suasana hutan hujan yang menyegarkan dan sesuai untuk para pelajar tahfiz menghafaz al-Quran.
MTQ ADDIN 17 mula beroperasi pada 6 Januari 2016 bermula dengan seorang guru dan tiga belas (13) orang pelajar yang kebanyakkannya adalah dari asrama anak yatim Ummu Zainab. Dan kini, MTQ ADDIN 17 telah mempunyai 4 orang staf yang ikhlas bekerja untuk mendidik pelajar menjadi seorang "profesional huffaz" (PRO-FAZ), 20 orang pelajar (9 orang pelajar menengah atas dan 11 orang menengah rendah).
MTQ ADDIN 17 juga telah mengadakan kerjasama dengan Kolej Komuniti Raub. Ini merupakan satu penghargaan kerana walaupun baru sahaja ditubuhkan, dengan pantasnya telah dapat menggunakan jaringan yang tujuannya untuk membantu para pelajar meningkatkan softskill dan kemahiran hidup para pelajar dalam menjalani kehidupan di masa hadapan.
Tidak lama lagi, MTQ ADDIN 17 akan membuka bagi kemasukan pelajar Perempuan bagi sesi 2018. Ini kerana permintaan yang menggalakkan apatah lagi banyaknya penubuhan maahad tahfiz lelaki di sekitar daerah Raub ini tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
"Moving Foward"
Gambaran MTQ ADDIN 17:
![]() |
Penginapan Para Guru dan Warden |
![]() |
Suasana kawasan sekolah dari pintu utama. |
![]() |
Pemandangan dari atas bukit. |
![]() |
Kolam ikan Talapia dan rekreasi |
0 comments:
Post a Comment